Pages

8 Dec 2011

Angkara fenomena

Sekarang ni heboh diperkatakan tentang movie melayu yang khabarnya mencetuskan fenomena..Ombak Rindu!! saja nak share la disebabkan kat sana sini heboh pasal cite ni, jadi saya pun layan lah movie ni semalam kt GSC Leisure Mall..tu je yang terdekat..ada org belanja lagi pun..siap dengan dinner McD..so, ape lagi..bedal je lah..pagi ni pulak HOTChat Hot.fm ada special guest Lisa Surihani..khabarnya setakat semalam dah 5.2 juta!!! mmg fenomena la gamaknya...

Filem ni bagi saya sarat dengan emosi..mcm2 bercampur baur..sedih, suka, marah, gembira..plotnya agak menarik..kisah cinta antara 3 insan..susah kan bila kita dalam situasi sebegitu?banyak konflik yang dipaparkan dalam cerita ni..itu yang membuatkan ianya agak menarik..kemusnahan hidup seorang wanita suci..kisah cinta yang agak kompleks..bayang kan orang yang kita cintai tak mencintai kita? sakitnya Tuhan saja yang tahu..bayangkan kalau anda sbg wanita,seorg isteri suami anda 'terpaksa' kawen lg satu..tak kira lah atas kehendak atau bukan kemahuannya..hakikatnya..hubungan tu dah namanya madu!!!banyaknya penderitaan insan bergelar wanita..aduhai..

Masa dgr HOTChat tadi, ada satu caller 'quote' semula satu dialog Lisa.."I will make sure in one fine day u will deadly in love with me!!"..masa nilah saya cuit org sebelah saya..(sape tu??) ada beran? hahaha...ayat ni saya simpulkan sebagai org yang terlalu taksub dengan cinta..terlalu taksub dengan orang yang dipuja.. u all rasa berbaloi ke???..berpijak lah di bumi yang nyata..dalam cinta dahulukan diri sendiri..dahulukan Pencipta kita yang SATU..jangan lah diikut kata hati kelak mungkin akan memakan diri sendiri..tak salah menyintai,tak salah menyayangi..tapi kalau kita sandarkan pada ketentuan Allah, pasti kemanisannnya akan kita rasai suatu hari nanti..insyaAllah..apa pun berlaku dalam hidup kita redha lah..semoga ada hikmah..redha itu ikhlas (bak kata Lisa)..tapi pastikan ikhlas kerana Allah ya!!!

Nota Penulis :
- Cinta Allah Cinta Hakiki..
- Akhirnya saya dapat kesan 'kelalaian' krew filem ni masa babak akhir Izzah dan Hariz kat sawah padi tu..memang ada sesuatu di blkg Izzah..(manusia mana tak buat silap,kan?)
- Filem ni BEST!!! 2 jam pun tak terasa..congrats to all the crew!!!

1 Dec 2011

Momen 22 Nov 2011

Satu lagi tarikh keramat 22 Nov 2011 jam 8.30 malam untuk saya ingati sepanjang hayat..kalau dah mati memang tak dapat ingat la..ha3..kena 'store' somewhere..otherwise saya yang mudah lupa ni memang tak kan ingat momen 'berharga' tu..berharga ke? entah la..kisah hidup mati seorang insan bergelar wanita..(hukhuk!!)..

22 Nov 2011

I Love You,Baddrol!! (+1)

GEMPAR!!! HARIMAU MEMBAHAM GARUDA!!!

Kejayaan 21 November 2011!! Saat ini saya tak tahu macam mana nk gambarkan perasaan ini sbg anak Malaysia. TERAMAT BANGGA!!! tak terucap dengan kata2..SYUKUR ya Allah..yang pastinya BB semakin membuatkan saya jatuh 'cinta' padanya..he3..Tahniah yang tidak terhingga buat Harimau Malaya yang berjaya menggulingkan skuad Garuda dan akhirnya berjaya membawa pulang kilauan 'ibu emas' yang ditunggu seluruh rakyat Malaysia. Sy sgt teruja ketika menulis catatan ini dan saya pasti di seluruh pelusuk dunia di mana saja rakyat Malaysia berada pasti masih 'bergosip' pasal kejayaan Malaysia. Inilah momen yang pasti akan dikenang semua untuk selama2nya terutama pemain2 kita yang disayangi...

Semua pemain bermain dengan semangat kesukanan yang sgt tinggi, tak kiralah di posisi mana mereka berada, semuanya berganding bahu bagi memastikan mereka mengulang sejarah lama. Walau 'dicacatkan' dengan beberapa insiden yang menyakitkan dan menjengkelkan, ditambah dengan 'sinetron mahu sepakan penati' pihak lawan ternyata nasib menyebelahi pihak kita! memang mendebarkan..tapi, inilah percaturan bola. Mungkin rahmat Allah pada kita dan 'hukuman' sikap mereka keseluruhannya..

Apapun Baddrol, u are really our HERO!! Banyak kali BB menjadi penyelamat dan secara peribadi saya teringat DUA saat ini..1) waktu jaringan penyamaan Malaysia. masih ingat siapa yang menyelamatkan bola yg hampir 'out' itu? Kata Pengulas Bergaji, BB seorang yang rajin!! mmg betul..tuah kerajinan itu lah yang berjaya menghadiahkan gol bermakna buat Malaysia..perancang dan pencetusnya adalah BB! 2) pastinya ketika saat penalti..di saat seluruh rakyat Malaysia 'terdiam' dek kerana kegagalan Fakri Sharani menyempurnakan sepakannya(pemain ini buat saya emo!!!masa dia nak buat sepakan tu, saya dah ada instinct kegagalannya..kuat kan naluri saya???)..BB sekali lagi muncul HERO NEGARA untuk merealisasikan kemenangan kita dengan 4-3..Yang +1 itu lah nilai BB!! Dia menang ada value +1..dan itulah dirinya.. saya doakan kejayaan berterusan dalam kariernya..I LOVE YOU, BADDROL BAKHTIAR!!

 Saya bangga dengan anak KEDAH ini!!

Nota Penulis :

a) Saya percaya pada hukum alam; buktinya..Garuda yang terlalu inginkan 'hadiah' penalti..akhirnya mereka benar2 'dihadiahkan' dengan kekalahan disebabkan penalti..
b) Simpati pada Izzaq Faris yang terpaksa bertongkat ketika meraikan kemenangan Malaysia..dia semacam dipinggirkan sedangkan dia juga antara penyumbang kejayaan Malaysia...
c) FAKTA : Semalam saya terlepas game tu selama 25 minit gara2 tertido akibat trlalu keletihan..tak apalah..sekurang2nya berbaloi saya stay up sampai 1:30 pagi..he3
d) 21 Nov - ada makna tersendiri pada saya! ada janji dalam diri..ada semangat dan azam baru yang disemai..doakan semoga saya terus berjaya seperti BB!!

18 Nov 2011

Kejayaan Bermaruah!!!

Tahniah yang tak terhingga (HAPPY-infinity!!!) kepada TM U-23 kita di Indonesia (nak taip nama jiran kita ni pun dah rasa geram!) dah start nak emo ni!!! hehe..tak baik,kan?..kena cool..apa yang saya boleh rumuskan secara peribadi..ini lah dia yang kita panggil KEJAYAAN BERMARUAH!! (lu fikir la sendiri apa maknanya) ..Syabas buat pemain2 Malaysia yang tetap kekal bertahan 95 minit di GBK!! Memang berdebar2 menantikan perlawanan semalam..

Walaupun hero saya BB agak 'tenggelam' dalam perlawanan 'hangat' semalam tapi aksinya bersama kawan2 yang lain memang wajib dipuji..WAJIB,OK!!! tahniah buat Syahrul kerana telah berjaya menghadiahkan baki 3 mata bermakna buat negara sekaligus menjadi wira Harimau Malaya! Dia berjaya membuktikan kehebatannya walaupun baru beberapa minit masuk padang!! Memang mengaum habis semalam..sayap Garuda pun dah patah akibat ngauman itu!! ahaks..suka lagi!!!

Saya cuma simpati dengan Kim Swee (OKS) semalam..mesti sedikit sebanyak maruahnya tercalar akibat keputusan pengadil secara tiba2 tu..tapi, tak pe lah..mesti dia dah rasa terubat dengan kejayaan anak buahnya semalam!! No, worry OKS!!! Harimau Malaya pasti berjaya menambah satu lagi pingat emas untuk skuad Malaysia!!! Kita nantikan saja!! Tapi sebelum tu mari kita doakan kejayaan mereka menentang Myanmar pula esok (Sabtu, 19Nov2011).. jom kita kibarkan Jalur Gemilang yang kita banggakan!!

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kitaterimalayananburuk/Article/index_html#

Nota penulis : Saya sedih bila baca artikel dari salah seorang wartawan Metro ni. Rasa marah dan geram bercampur baur! Apakah persengketaan yang mereka mahukan? Sukan sepatutnya menjadi medium untuk penyatuan bukan permusuhan! Jangan dituding jari kepada sesiapa.. saya seorang insan yang ingin menyuarakan SEMANGAT KEDAMAIAN!! Sebagai manusia, renung2kan dan selamat beramal..

TAHNIAH...Syahrul (kiri) diraikan  Izzaq (tengah) dan   Fandi   selepas   menjaringkan gol   yang menyebabkan Stadium Gelora Bung Karno  Indonesia sunyi-sepi.
TAHNIAH...Syahrul (kiri) diraikan Izzaq (tengah) dan Fandi selepas menjaringkan gol yang menyebabkan Stadium Gelora Bung Karno Indonesia sunyi-sepi. (Sumber : Metro, 18 November 2011)

*** Tq pada kawan saya Erina, kerana benarkan saya buat bising kat rumahnya semalam!!! Saya dah jadi penonton a.k.a Pengulas Tak Bergaji pada Erina dan kawan2nya!!! ha3...
*** Saya suka dengar lagu Selamanya (lagu khas untuk Harimau Malaya)...Go, Harimau!!!!

17 Nov 2011

Hari yang ditunggu2

Yeay..17 November dah tiba!!! malam ni Malaysia akan menentang tuan rumah Indonesia dalam SEA Games..harap2 boleh dapat 3 mata lagi lepas menang dengan Cambodia Ahad lepas..so boleh la jadi juara kumpulan A..tapi tak tahu lah kan..takut2 team malaysia (TM) tenggelam dalam lautan penyokong2 Indon yang dah tentu2 berjuta2 di stadium GBK!!

ape pun..kita kena fikir positif.. tak da apa yang mustahil..hu3..dalam game bola sepak, tak boleh nak expect, apa2 pun boleh jadi dalam seminit je! ikut nasib lah kan..ape2 pun saya mesti sokong TM!!! moga2 BB (Baddrol) jadi hero lagi malam ni..chaiyuk2!!! tapi saya sedih..TV kat rumah tak ada..ada orang kasi rosak tak nak ngaku..hu3..mana nak merempat tengok bola malam ni..adoiii!! tolong lah saya..(sy nak tengok bola!!!sy nak tengok bola!!!)..wuaaaaa...

                              M.A.L.A.Y.S.I.A      VS      I.N.D.O.N.E.S.I.A

Nantikan keputusannya malam ini.....adios!

Memori 7 & 14 November

Memori 7 November (9:30 malam) dan 14 November (9:30 pagi)..... saya catatkan di sini sebab saya nak ingat kedua2 tarikh ni seumur hidup saya...tarikh yang sangat penting dalam hidup saya..tarikh yang mengubah hidup saya..tarikh yang sentiasa segar dalam hati saya...tarikh yang mengajar saya erti realiti kehidupan yang sebenarnya..tarikh yang tak kan kulupa untuk selama2nya..Biar lah ianya kekal sebagai rahsia dalam catatan kehidupan seorang wanita ini..

10 Nov 2011

I adore him!!!

Who is him?? He is one of my favourite footballer!! He is ... Baddrol Bakhtiar!!! u all nak kenal juga? yang tak minat bola maybe tak kenal or maybe tak pernah dengar pun namanya..kan? peminat bola sepak Malaysia mesti kenal dengan hero Malaysia sorang ni...


Kenapa saya cakap dia hero Malaysia? of course sebab game semalam..Dia yang berjaya meledakkan gol pertama menentang musuh yang agak digeruni, jiran dekat kita iaitu Thailand..syabas pada skuad bola sepak kita di Sukan Sea 2011 di Indonesia..dengan kemenangan 2-1, kita beroleh 3 mata penuh untuk duduk agak selesa dalam kumpulan A..walaupun perlawanan sebelum tu dengan Singapura agak mengecewakan berkesudahan seri dengan masing2 terikat 0-0, nyata pasukan Malaysia yang diterajui Baddrol terus bangkit untuk meneruskan misi merangkul emas bagi Sukan SEA kali ni..saya percaya tak ada yang mustahil untuk mengulangi sejarah 2 tahun lepas di Laos..dengan kewibawaan hero saya dan anda semua, Baddrol pasti dapat memimpin rakan2nya ke mercu kejayaan!!!

Kalau nak cakap game dengan Singapore yang lepas, saya memang emo!! dendam nampaknya masih tak berbalas..bayangkan 2 kali sebelum tu kita kalah pada diaorang!! huhhh!! memang stress habis ... ingat lagi tak game kelayakan Piala Dunia dan game Piala Sultan Selangor?? kan kita kalah dua2 game tu..tambah sakit hati bila mengingatkan 'drama' pemain Singapore di atas padang especially mamat GK tu? geram,kan? Huhh!! sejak 2 game tu, asal ada game Malaysia dengan Singapore je saya mesti tengok!!MESTI!!! tak sabar rasanya nak melompat2 kalau Malaysia dinobatkan juara mengalahkan Singapore..adakah dalam Sukan SEA ni kita akan berjaya? sama2 kita doakan demi nama negara tercinta, Malaysia..

Berbalik kepada pemain favourite saya ni, personally saya memang kagum dengan dia..dia agak low profile..tapi tengok lah serangan2 berbisa dia..sepakannya dari luar kotak penalti memang ada 'kuasa luar biasa'..tak semua pemain ada kebolehan ni..sungguh menakjubkan!!! orangnya nampak 'soft'..tengok muka orang beriman..ha3..(kelakarkan komen saya?)..dia ada ciri2 pemimpin, pendek kata sejuk hati lah tengok..sayangnya dari awal dulu dia kurang dapat perhatian Mr Raja tu (hu3..)..tak tau lah apa sebabnya..tapi tengok sekarang..di bawah pimpinan Kim Swee, dia diletakkan sebagai leader! tahniah, Baddrol!! i will always support you..keep it up!! Bring back GOLD medal for us!!! Saya BANGGA menjadi rakyat MALAYSIA!!!

3 Nov 2011

Mampukah kita berkorban?

Salam semua..hari ni 3 Nov 2011 bersamaan 7 Dzulhijjah 1432 Hijrah..maksudnya lagi 3 je kita semua umat Islam akan menyambut satu lagi hari kebesaran dalam agama kita yakni Hari Raya Aidiladha juga selalunya kita panggil Raya Qurban..Haa..macam mana persiapan? ada yang bersungguh2 seperti raya Aidilfitri ke? ada sesetengah orang, walau raya apa pun yang datang, semangat menyambut tu sama je meriahnya..hehe..tak apa..yang penting jangan sampai membazir ye..berbelanja setakat yang termampu..dan biar lah bersederhana..wasatiah katakan..itu lah yang sebaik2nya..Tahun ni saya beraya di perantauan je..ceh2..dengar macam jauh je,kan..kat selangor ni je..apa nak buat, atas sebab2 yang tak dapat dielakkan terpaksa lah saya beraya di sini..jauh dari keluarga di kampung...hmm..bercakap tentang sambutan perayaan yang ini, saya pun terfikir2.. di sebalik kegembiraan kita menyambut perayaan ni dengan keluarga dan kawan2, di sebalik rezeki melimpah ruah dengan hidangan makanan yang teramat lah sedap dan lazat, apa sebenarnya erti raya qurban ni kepada kita? apakah penghayatan kita terhadap hari kebesaran 10 DZulhijjah ini? kalau tujuan untuk mengingatkan diri..patutlah kiranya kita ingat satu perkataan je..yakni Qurban a.k.a  korban ...selalunya banyak la lembu2 yang 'dikorbankan' menjelang sambutan perayaan ni..apa hikmahnya?

Ingin saya petik berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.".... Subhanallah..itu lah hikmahnya korban..Kalau kita hayati kisah Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anak mereka Ismail, itu lah permulaan dan sejarah sambutan Aidil Adha..kita fikirkan bagaimana seorang bapa sanggup 'mengorbankan' anaknya dan bagaimana seorang anak sanggup 'dikorbankan' bapa sendiri..Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t...Ia disambut selama 4 hari sehinggalah 13 DZulhijjah..

Jadi, dalam dunia yang hampir sampai penghujungnya..apakah KORBAN yang kita boleh lakukan demi kehidupan di sana yang hakiki? ini tulisan saya..ini pendapat saya secara peribadi..tujuan kita satu..destinasi kita juga satu..kehidupan ini hanya lah satu pentas untuk kita menuju destinasi utama kita..jadi ingatlah tujuan asal kita dilahirkan untuk terus sujud kepadaNya..mampukah kita 'berkorban' kehendak kita dari mengejar kemewahan dan kemahsyuran di dunia demi menuju jalan yang satu..ini lah pengorbanan dan perjuangan kita yang sebenarnya..istiqamah ke arah mencari keampunan dan redha Allah s.w.t..Akhir kata..Salam Aidiladha daripada saya untuk anda semua..Wallahualam..



Nota : Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah. (Sumber : http://www.iluvislam.com/)

Nota :
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.(Sumber : http://www.iluvislam.com/)

24 Oct 2011

sape suka...?

Hai...mesti u all tertanya2 kan..sape suka....? suka apa? hehe..ada benda free ke? kalau bab yang ni..mesti semua org pun suka,kan? termasuk lah saya...orang kata rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari..dah ada orang nak bagi free..nak tunggu lg ke?? tapi jangan salah sangka eh..saya takda barang free hari ni nak bagi..tapi sapa suka membaca silalah..free je nak baca tulisan saya ni..hehe..jgn marah aa...

sape suka...ujian/test/exam?angkat tangan!!! alah macam ujian kat sekolah tu..bila cikgu sebut je..minggu depan ada test!! apa reaksi wajah anda ye? suka rasa macam nak melompat2 mcm kawan kat zoo tu ke? atau mula nak tunjuk muka masam macam cuka atau kelat macam buah peria? haha...sape pernah masuk sekolah, mesti boleh jawab soalan ni ye tak? saya rasa kalau buat survey mungkin 150% responden akan jawab BENCI TEST a.k.a EXAM..tambah bebudak kat IPT..wajah yang ceria tetiba boleh berubah jadi ntah apa2..nak2 pula yang immediate test! confirm boleh pengsan..ingat member2 kat USM dulu yang buat medic course, exam week je mula lah masing2...tak nampak bayang2 pun..muka stress habis..senyum jangan haraplah..itu lah impaknya bila namanya UJIAN!!! kalau boleh semua orang tak nak hadapi ujian..betul tak? tapi..saya nak kongsikan 'something' dengan anda yang baca entri saya kali ni...

 “Sesiapa saja yang dikehendaki Allah menjadi baik maka diberikan ujian kepadanya.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Haa..sekarang saya nak tanya pula..sape nak jadi manusia baik? mesti semua nak,kan? sebagai manusia normal (nota:tidak ditujukan kepada pesakit2 wad psikiatrik,k!), kita mesti nak jadi insan yang baik dan berharap kita sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah,kan? jadi..anda rasa apa kaitan ujian a.k.a test dengan jadi baik berdasarkan sepotong hadis di atas? kalau saya kata tak ada benda yang mudah dalam hidup ni, anda setuju? begitu lah juga nak mencapai kehidupan yang baik di dunia dan akhirat..perjalanannya sudah tentu bukan mudah..kita akan diuji..diuji..dan terus diuji..biar hakikatnya ujian itu sungguh pahit, tapi buahnya sangat manis..jadi pesanan kepada diri saya dan sahabat2 di luar sana..jangan mengeluh ya bila kita diuji..Allah nak jadikan kita hamba yang lebih baik..mungkin kita dah berlari sedikit jauh dari Allah..jadi Dia nak dekatkan diri kita kepadaNya semula..muhasabah la..jangan muhasarawak..macam mana tu? terima dengan redha, dekatkan diri denganNya (dengan itu, kita akan lebih KUAT..lebih kuat dari badang!percayalah..)..dan ingatlah kita adalah insan terpilih yang telah diuji...semoga kita tidak tersasar jauh daripadaNya..oleh itu BERSYUKURLAH dan ingat dalam hati..."ALLAH SEDANG MENYAYANGIKU..jadi mari kita sama2 harapkan ujian dari Allah..mari kita betulkan stigma benci ujian kepada suka ujian...wallahualam..

19 Oct 2011

'orang kita'

Hai semua.. hari ni aku nak kongsi pasal tragedi semalam..hehe..dek kealpaan sendiri..maka terjadi lah tragedi ini..tragedi?? macam tragis je kan..bertepatan dengan entri aku kali ni tajuk 'orang kita'..jadi memang aku nak bercerita pasal orang la..dah nama pun orang jadi mesti la banyak ragam ye tak?alkisahnya aku dan kawan2 yang setia menemani keluar ke TBS jam 1:00 petang..ha3..apa tu?Terminal Bersepadu Selatan lah..first time jejak kaki ke situ..ye lah aku kan orang utara..jadi buat apa menapak ke TBS tu ..nak dijadikan cerita masalah pertama adalah parking kat BTS (orang selalu naik LRT mesti tahu apa dia) tu..dah la tengah constuction jadi memang hari biru ungu la kawasan kat situ..yang aku tak puas hati tu guard kat parking area tu..kita tanya parking ada ke tak??? (ada kot 1000x), dia buat deq (camne nak eja,eh..kira buat tak tau la)..heh..panas betul seluruh badan aku..dlm hati..'orang kita' ke ni? tak faham bahasa melayu ke or boleh dikategorikan so-called pekak? stress betul..dengan takde expression..dia buat tak tahu je..sabo2..last2 aku hentam masuk jg..berpusing2 (test skill drive) akhirnya dpt lah 1 parking the one and the only one..Fuhhh!!!

On the way nak ke terminal tu jumpa 1 couple dr Guongzhou nak ke Melaka..terkial2 la sbb taxi driver tu tinggal d'orang kat situ..haha..lg skali 'orang kita'!!! yang ni aku bangga sbb kawan aku sndiri!!! dia tetiba jd 'tourist agent' welcoming the tourist and guide them to the terminal..sweet kan? borak punya borak smbil lalu eskalator and bridge sampai lah ke TBS..hurrmm..besar juga ala2 airport macam Pudu Sentral jg..ok la..so, tanpa buang masa aku terus menuju ke kaunter untuk beli tiket..actually aku ni sesat kat TBS tu sebab nak ke JB esok!! lepas 'bermesra' (jangan fikir blue,k sebab aku ni memang mudah mesra ngan sesape je) dengan mamat kat kaunter tu..aku dan kawan2 pun amik tiket dan blah la..pasal tourist tu dorang dah selamat dapat tiket dengan bantuan kawan aku tu..(kawan aku tu cakap kalau jumpa orang tanya pasal direction, bagitau saja pun dah ok, tapi kalau boleh bawa dia ke mana dia nak pergi lagi cantik..amacam?kita boleh buat macam dia tak?)..hehe..lu pikir sendiri!!!

Berbalik pada story aku..lepas happy dapat tiket, kami terus enjoy our lunch shgga lah time nak bayar!!! alamak!!! mana duit rm10 aku?kan patutnya ada balance dari beli tiket tadi? hah..sudah!!! aku buat lagi!! ni lah penyakit aku..PELUPA!! dengan tak malunya aku pun terus call HOTLINE TBS untuk kepastian..ni sekali lagi masalah 'orang kita'..macam mana eh buat kerja..kes ni kan salah satu etika khidmat pelanggan..eh3..aku call untuk komplen (bab ni memang aku suka!!)..rasanya dengan 4 orang staff aku bercakap benda yang sama..macam2 alasan meeting lah apa lah..aku terus follow-up sampai lah jam 7.30 malam baru lah ada berita baik..he3..duit aku memang 'sangkut' kat sana..yeay!!! hujung2 bulan ni..itulah yang sangat kuharapkan..apa yang penting sangat dengan cerita ni? ni lah aku nak cakap pasal KEJUJURAN dan NILAI BUDI BAHASA yang tinggi..budi bahasa kan budaya kita..jadi kalau dah kerja bahagian khidmat pelanggan a.k.a customer service tu, contohi lah cik farah tu..walaupun hanya kerja di bahagian kaunter, tetap berlemah lembut dan merendah diri mohon maaf walaupun bukan dia yang salah sebenarnya..(mamat tu yang salah!aku pun salah juga..tapi kan CUSTOMER ALWAYS RIGHT!!)..lagi satu sifat terpuji JUJUR & AMANAH..dia boleh je cakap dengan aku duit tu tak ada atau apa saja alasan lain..tapi, dia memang seorang yang jujur! so, mari kita contohi sikap 'orang kita' yang ini..bagus,kan? semoga Allah memberkati rezekinya dan melimpahi rahmat ke atasnya..aminn..dan pengajaran yang aku dapat ialah..lain kali JANGAN DOK BERANGAN!!!(tapi..apa yang aku angankan?konpius2..) ha2..jumpa lagi..

14 Oct 2011

Istimewanya jumaat

Salam hari jumaat untuk semua..salam hari istimewa..salam hari penghulu segala hari..

Hari ini saya nak mengajak anda semua untuk menambah satu lagi ilmu..diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada sahabat2 terutama saudara seagama yang dikasihi..suka saya memperingatkan diri saya dan anda semua tentang perkara2 kebaikan yang menjadikan kita lebih dekat kepadaNya..sesungguhnya Allah itu Maha Besar..Allah itu Maha Mengetahui hatta apa jua yang terkandung di sudut yang paling jauh dalam hati kita..

Ingin saya petik satu hadith Rasul SAW : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka dia akan mendapatkan cahaya di antara dua Jumaat.” {HR al-Hakim}.

Marilah sama - sama kita menambah satu lagi amalan sunat selain yang lain-lainnya..yang wajib tetap wajib ye:) ya..mari kita membaca surah Al-Kahfi pada hari ini dan pada jumaat2 yang seterusnya..doa saya supaya hidup anda terus diberkati dan dilimpahi rahmah Allah s.wt..

13 Oct 2011

Ada apa dengan hari anda?

Alhamdulilah..aku masih bernafas hari ini! terima kasih ya Allah kerana masih mengurniakan masa untuk aku terus sujud padaMu..setiap hari selepas bangun di awal pagi, jangan lah kita lupa untuk memanjat kesyukuran padaNya..ucapkan lah ALHAMDULILLAH...pesanan untuk sahabat2 dan pada diri saya sendiri..keranaNya kita hidup..keranaNya kita masih berpeluang untuk menikmati rezeki di dunia ini...

Ada apa dengan setiap hari anda? apakah pengisian anda sepanjang 24 jam anda bernafas sehari? mari lah kita renung2 kan..ingatkan kita pada Dia?Dia yang menciptakan kita..Dia yang memastikan kesejahteraan kita....bagaimana seharusnya kita mengucapkan syukur kepada Maha Pencipta? cukup kah dengan hanya solat 5 waktu?..jika setiap hari setiap saat kita mahu kesihatan yang baik, hidup yang penuh bahagia..begitu lah juga jangan sesekali melupakannya kerana semua yang kita mahu hanya akan berlaku dengan kehendakNya..

Ada apa dengan hari anda hari ini? sentiasa lah berusaha manjadi org yang lebih baik dari hari semalam..mungkin ilmu yang kita perolehi adalah sedikit..tetapi memadai lah kalau ia mampu membawa kebaikan yang berpanjangan...renung2 kan..

Dari Anas bin Malik r.a :
Rasulullah saw bersabda, “Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.”
(Sahih – Ibnu Majah [0184])

12 Oct 2011

Bina Bahagia bersama Suzana Ghazali: Pastikan sayang anda berbaloi

Bina Bahagia bersama Suzana Ghazali: Pastikan sayang anda berbaloi: Seminggu lepas, hari-hari saya penuh dengan kes-kes baru. Bukan sahaja temujanji sebaliknya kes-kes melalui sms yang disampaikan oleh PA say...