Pages

31 Jul 2012

transformasi 2012

ahha..last day for the month of July!! bersamaan 11 ramadhan hari ni..huh!cepatnya masa brlalu..sedar tak sedar dah hampir stgh bulan kita brpuasa..cepatnya masa berlalu...esok kalendar dah nak bertukar..transform ke August lak..bulan kemerdekaan lah kan..kebetulan kita akan menyambut raya bulan depan..so, keluarlah iklan...MERDEKA RAYA..hmm..mcm2..

Esok aku akan buat satu transformasi bersama2 azam baru dan semangat baru untuk melalui life as university student..again and again..kadang2 rs berat sgt nak meneruskan perjuangan..tapi apakan daya,sekali melangkah kuharus gagahkan jua..untuk kemajuan diri dan demi insan tercinta..hadiah buat cinta dan pengorbanannya..(ye ke??)..nak dapatkan momentum tu yang payah..momentum besar, speed pun kena tinggi..nak reach maximum speed tu yg..alahai..demam beb!!

well, tak kisah lah..yang penting azamku supaya pisang tak berbuah dua kali..yakin aku boleh melakukannya hingga ke finishing line..insyaAllah..org lain azam awal tahun..aku tgh tahun lak..ahha..lantak lah..peduli apa,kan?ada ku kisah? selamat berpuasa semua..moga ramadhan kali ni lebih baik dari yg sebelumnnya..aminn,,

4 Jul 2012

myMetro | Nafsu binatang

myMetro | Nafsu binatang

Buat ingatan seluruh wanita terutama pelajar-pelajar..sentiasa berwaspada dan berhati-hati..malang tidak berbau...

13 Jun 2012

Check diri sendiri..

Salam..pepagi tadi bangun..hmm? nak buat apa ya..nak masak macam awal lagi..on TV lah..tune to tv9..ada rancangan Tanyalah Ustazah..tajuknya@Penyejuk Hati..sambil buat sarapan sambil2 layanlah kupasan topik tu..agak menarik..bagaimana menjadi isteri/suami atau anak2 penyejuk hati?? mula2 saya anggap itu hanya perbincangan biasa namun ada seketika suatu ayat dan huraian bagai sepantas kilat memagut hati saya..ia mula tersentuh dan air mata mula mengalir..saya catatkan di sini supaya terus menjadi panduan saya dan anda  yang membaca tulisan ini..

Sbg suami atau isteri berusahalah untuk menjadi penyejuk hati pasangan anda..bukan sekadar penyejuk mata..cantik di mata indah fizikal cuma..yang dikatakan penyejuk hati tu mestilah akhlak dan sahsiahnya cukup baik serta tunjang iman yang cukup kental jadi hambaNya yang satu..sbg isteri,jadilah isteri yang terbaik..begitu jg sebaliknya..diceritakan kebanyakan kisah realiti yang mana si isteri telah melakukan segala kebaikan, menjaga segala kebajikan suami..tapi masih dizalimi suami? ada juga suami dizalimi isteri..nampak pelik tapi itulah realiti..kenapa ya? pasti di hati si isteri/suami apakah dosanya..apa lagi yang masih tak cukup? apa lagi yg masih tak kena? bila saya dengar huraian ustazah itu..jawapannya..Allah ingin menguji iman si isteri..biasanya dalam kes seperti ini Allah akan turunkan kepada sang suami (atau isteri) baginya pasangannya itu bukan lah penyejuk hati..Allah tarik Nur dalam dirinya..itulah ujian Allah..namun anda sbg pasangan mampukah kita berfikir dengan baik lg tatkala itu? jiwa yang kacau tidak memungkinkan itu..apatah lagi syaitan yang sentiasa menanti ruang dan peluang..bila brcinta..syaitan tarik ke arah zina..bila dah kawin? syaitan tarik ke arah penceraian..ya itu lah kerja syaitan laknatullah..

Diceritakan lagi kisah isteri2 Nabi yang berlumba2 memenangi hati Nabi hgga satu ketika salah seorang isteri baginda diceraikan iaitu Hafsah walaupun wanita itu punya hati yang sangat mulia..tapi setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya..dari situlah turunnya ayat2 Al-quran tentang hukum hakam cerai dan rujuk..diceritakan lagi kisah Aisah isteri firaun yang maha zalim..pesanan dari ustazah itu..sezalim mana pun suami anda dia belum Firaun lagi..maka apakah alasan anda untuk jadi isteri yang baik? Jadilah hamba yang baik di sisi Allah..selagi suami/isteri tidak menghalang anda berbuat kebaikan dan tunduk kepada Allah..maka teruskan lah jadi pasangan yang terbaik dan usah dambakan penceraian..sebelum kita harapkan pasangan jadi penyejuk hati, check diri kita sendiri..sudahkan kita menjadi hamba Allah yang terbaik? bersyukurkah kita setiap hari dengan nikmatNya?adakah kita patuh dengan apa yang diperintahkan?apakah kita tinggalkan apa yang dilarang? Jadikanlah hadis dan sunnah Nabi sbg ikutan..pesanan kepada saya dan anda semua..perdengarkan setiap hari dengan 1 hadis..insyaAllah anda akan dikurniakan hati yang lembut dengan izin Allah..wallahualam..

Renungan bersama :
(Sumber : http://www.freewebs.com/alhadith/)


Bab kemanisan Iman
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ

 أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ
 وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
 (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
 (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. 
(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran
 sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”
Hadis sahih riwayat Bukhari

24 May 2012

Bila SATU tanggungjawab selesai..

Alhamdulillah..itulah yang mampu aku ungkapkan..hari ni dalam sejarah..hari ni hari pertama aku tidak perlu fikir soal tanggungjawab di tempat kerja lg..sebabnya aku dah mengambil keputusan untuk melepaskan kerjaya aku semata2 demi cita-cita lain dan impian aku yg lagi satu..mudah2an pengorbanan ini tidak sia2 dan semoga ianya memberikan aku satu kekuatan untuk terus majukan diri menjadi org yang lebih berjaya..

Perasaanku ketika ini macam2 ala2 rempah kari yang kelihatan hanya satu warna tapi di dalamnya ada bermacam2 herba dengan pelbagai rasa..hampir 3 tahun aku brkhidmat di sana..bermula 1 Oktober 2009 sehingga 29 May ini..(Opps..tarikh keramat tu..)..6 days left as MUCH lecturer..

By the way, personally aku happy coz meninggalkan company dalam keadaan baik (aku fikir!!!), i let all my work settled..yg penting tanggungjwab selesai..itulah perkara paling manis yang membuatkan aku betul2 tenang..

Hmm..semalam last day@office..i had wonderful time with my colleagues and friends..talk to each others..capture photos and i really hope that moments that we shared together will be last forever..they are truly friends bukan saja waktu gembira but also through pain and sorrow..thank you to all my dear friend..kepada kawan2;dunia ini bulat..dan kita banyak tanggungjawab!!! so, jadilah insan berguna..jgn lupa tunaikan tanggunjawab kita!!yeay!! Jangan lupa mengundi di PRU nnt..ha3..sempat lg..(mewakili kawasan Parlimen Tasek Gelugor..hehe)..

                                                            BEAUTIFUL MOMENTS....



Saya sayang anda semua..jumpa lagi...

22 May 2012

untuk apa hidup?

Bertahun lamanya telah aku bernafas di bumi Allah ini..kalau dicongak2 bersamaan lebih kurang 336 bulan dan 10220 hari..Fuh!!! lama tu..tiba2 terasa adakah sia2 hidupku selama ini? kadang2 terfikir, untuk apa manusia hidup sebenarnya? apakah nilai kehidupan ini kepada kita sbg makhluk Allah? sudah sgt lama sebenarnya aku menumpang dunia Allah ini...bersyukur kah aku dengan anugerah yang tidak ternilai ini? kita seringkali mencari-cari mengejar matlamat hidup yang lebih bertunjangkan duniawi semata2, namun adakah kita puas dan bersyukur dengan apa yang dimiliki? pasti jawapan cliche nya tidak..itulah lumrah manusia yang tidak pernah mengenal erti puas..sama seperti aku..kadang2 terasa seperti ingin menyerah..kdg kala terasa begitu semangat akan sesuatu..mungkin diri kita boleh diibaratkan seperti layang2 yang melayang2 di langit..bila angin sepoi2 bahasa, maka menari2 lah layang2 itu meliuk lintuk lagaknya seperti orang yang paling gembira..namun bila angin kuat dan kencang melanda..nah!! geraknya mula lintang pukang, sekejap naik ke atas, sekejap turun ke bawah..kadang2 hampir jatuh menyembah bumi..yang kuat pastinya akan terus terbang..sedaya mungkin untuk terus kekal di langit..namun, sampai bila,kan?

satu masa, pasti angin yang hadir terlalu sedikit, dan akhirnya layang2 itu akan perlahan2 turun..turun..dan turun terus jatuh ke bumi..andai ada yang sudi menaikkannya semula, maka akan terbang lah semula layang2 itu..namun, takdir yang menduga..tiada siapa yang tahu..layang2 itu tidak lah sekuat mana..seutuh mana pun bahan binaannya, kehebatannya di langit masih bergantung kepada kekuatan tali yang memegangnya...sekali sekala bila difikirkan begitulah kehidupan kita..sejauh mana pun kita terbang jangan lupa tali yang mengikat kita, tali yang harus mengingatkan asal usul kita daripadaNya yang menciptakan kita..bersyukurlah jika tali itu masih menjadi penghubung kita dengan Yang Maha Kuasa..jika tali tu putus, pasti arah layang2 itu akan pincang..pasti dengan mudah sekali jatuh..mungkin dibawa angin entah ke mana..mungkin ke sungai, laut, lembah mana yang tidak mungkin diketahui..mahukah kita dengan penamat yang sedemikian rupa? hidup ini kulihat tidak menjaminkan keselesaan yang paling selesa..angin di langit sentiasa berubah2..seperti itulah fasa kehidupan kita yang sentiasa ada turun naik, namun pengakhirannya pastilah di dalam tanah juga...Wallahualam..

19 Apr 2012

5e3u@h ImPi@N



Langit yang kebiru-biruan itu kelihatan sungguh tenang..namun ibarat langit itu sendiri yang kadangkala berubah warna dek awan yang sering menari ke sana ke sini..itu lah hakikat sebuah kehidupan..sesekali rasa sunyi dan bosan menerjah dalam diri..entah apa puncanya..puas dicari dan digali..dan akhirnya si empunya diri mula mengetahui dan memahami....

sebenarnya sesuatu yang dinanti2 kan masih belum kunjung tiba..puas menunggu..puas menanti..masih berharap..masih mencuba dan masih menanti..terus menanti..namun, hati itu masih terasa sunyi..jiwa kosong yang menanti sebuah penantian yang belum berakhir..usaha dan doa tidak pernah lekang di setiap sisi kehidupannya..

itulah kehidupan..kadang kala impian itu seperti ingin lama bersemadi di hati..untuk terus kekal sebagai impian..membuatkan seorang insan kadang kala patah hati, kecewa dan akhirnya pasrah kerana masih belum memiliki..impian yang belum menjadi realiti..

Hati..sukarnya untuk dimengerti..walau sakit cukup terasa..wajah cuba menyembunyikan jiwa yang lara..walau cuba dizahirkan dengan segala usaha..memohon sebuah pengertian insan bernama manusia tetapi andai masanya belum ditakdirkanNya...apa lagi yang boleh dipertikaikan? dia hanya membiarkan masa terus berlalu dan percaya pada diri dan ketentuanNya..masanya akan tiba..rezeki itu pasti akan datang jua..dan dia masih setia dengan impiannya yang sama..

1 Mar 2012

15 Februari 2012..the worse day of the year!!

15 Februari..sampai hari ni aku masih ingat tarikh ni..kalau orang lain sibuk2 nak ingat 14 Feb, konon2nya Valentine's Day..aku plak? 15 Feb was really the worse day for me! tarikh yang benar2 menguji kesabaran aku! kalau dah entri aku berbaur emosi tak bagus camni mesti lah dek sebab heavy traffic on the road a.k.a jem la..kalau jem roti sedap la jugak..byk flavour..nikmat lah juga bila masuk tekak ni..ini jem atas jalan..hah!! sumpah seranah lah aku..(ni spesis kurang nyabo skit)..ujian..ujian..tapi aku tak tau lah kalau ada org leh sabar dan tak 'naik hantu' kalau dah tersangkut dalam jem yang tak diketahui puncanya..4hours for 54 km?Jalan mana? Federal Highway la..huh..sungguh tak masuk akal even akal sang semut pun..that day, as usual at 4:30pm i leave the office and reach home only at 8:30pm!!!! damn crazy!!!ini nye rekod memang akan masuk sejarah seumur hidup aku..tak kan ku lupa sampai bila2..sumpah!!! mak..tolong..tak nak dok sini lagi...wuawua...

2 Feb 2012

Bila KL bercuti..

Seronok la..apa lagi..bila KL cuti, smua pun ala2 cuti gitu..boleh heavenly drive on the road..hari ni 35 minit je dari Klang ke Cheras..tu pun drive 100 km/h je kat Federal tu..pecut kang abg pacak tggu kat depan plak..ha2..cam tak percaya..slalunya plg cepat pun sejam 15 minit..Fuhhh!! mmg boleh masuk rancangan Fuhh!!! slama ni tiap2 hari ulg alik keje dok jeling je kat org bw motor tu..dalam hatiku.."kalau lah kete aku ni transformer boleh tukar jd superbike..alangkah bagusnya.." [superbike konon, xsedar diri pendek..lesen pun xdak..selayaknya moto kapcai je..ha3]..xpe, nnt kot2 mai gila aku p amik B full licence sape nak jwb?jwbnya beli superbike la..ha3..dah la 'org rumah' aku dah lama berangan tu..

teringat zaman dolu2..rasa2 cam nak jadi minah rempit balik, haha..tp ada beran ke? lama dah ku sangkut helmet..ntah kat mana letak..dah tak ingat..dok tgk mamat2 nyelit kat jalan..harus la aku jeles..hmmm..rindunya nak bawa moto laju2..SATU KEPUASAN!!tapi dgn kete pun boleh rempit gak..kalau x, xde la surat cinta dtg bertimbun2..ye tak? ha3..pepatah buat semua; BIAR PANDU LAJU, JANGAN SAMPAI DAPAT SURAT SAMAN..ha3..sekian, adios:)

1 Feb 2012

Langkawi moments

Life is too short! so, go and spend time with the people you love! Kalau hargai setiap denyutan nadi anda di atas muka bumi ini, usah sia2kan masa yang ada..pastikan ianya benar2 berkualiti..recap of our moments in Langkawi.. sempena CNY holiday..21-23 Jan 2012..ni foto terakhir sblum balik sebenarnya..tak sah kalau g sana tanpa foto ni! wajib capture!


That is my hubby a.k.a orang rumah..igt org pompuan je ke boleh pggl org rumah..org laki pun boleh kan? he3..

Island Hopping (aktiviti wajib..recommended for all..100 thumbs up!!)..The story begins..


This island is listed dalam 99 Pulau Tercantik di dunia!! Pulau apa No. 1 paling cantik ya? 

Eagle Feeding

Me and him without his life jacket..Nak tunjuk skill swimming lah tu:)


Jom baca...


Tahukah anda?..he3..saya pun baru tahu..Jangan lupa baca yang last sentence tu..


Bunting a.k.a pregnant daa..
  Fish feeding..paling bosan...tak banyak ikan pun..tiket lak mahal..aduss..

Nasib baik ada org tu tak jadi 'makanan' ikan..
  Telaga Tujuh..waterfall dia SUPERB!!!! it was so amazing...Subhanallah!!!
Telaga Tujuh..naik setingkat je..hu3

Burnt rice a.k.a Beras Terbakar..jalan2 sambil shopping..
Beras Terbakar
  Mahsuri..the Langkawi legend..Kalau dtg langkawi nak cari gamat..harga kat sini ok gak..kalau nak compare dengan Beras Terbakar tu..here is more recommended!!
Makam Mahsuri


Ni lah part paling sedih..Dua kali pegi..dua kali dikecewakan tak dapat naik..hu3..tu lah lain kali pegi lagi public holiday..cable car!! i'll come back in one fine day..


Cable Car
Ni visit selepas 10 tahun tak ke Langkawi..banyak dah berubah..terutamanya nilai duit..ha2..no worries..it's worth as long as it's for your family..renung2kan dan selamat beramal..Jom sama2 support Malaysia tourism..c ya..salam..

10 Jan 2012

NEw YeAr 2012

Hello..sedar tak sedar dah 10 hari berlalu dalam tahun baru 2012 ni..cepatnya masa berlalu sampai nak pasang azam baru pun tak sempat..hmm..nak capai apa ya tahun ni? dok fikir2 lagi ni..tapi orang kata orang yang berjaya adalah org yang cepat bertindak...betul jugak..kalau dok fikir je sampai bila nak jadi kenyataan..SUCCESS MEANS ACT!!!! so, apa yang kita impikan mesti lah disusuli dgn tindakan!! bukan azam tinggal angan2..inilah sebabnya azam tak tertunai bertahun2..hrmm...ni ngutuk diri sendiri gak la..umo dok bertambah,tapi level yang nak dicapai tak sampai2 lagi..bukan tak bersyukur tapi inilah fitrah semulajadi manusia..takpe, usaha ke arah kejayaan dan kehidupan yang lebih baik..itu kan dituntut agama kita?Tahun 2012 ni tahun yang bermakna bagi saya..i guess it's a good start for a very important mission..i started with a new relationship..that i hope will last forever until the very end of my life!!! Allah!! Bless us!! Epi New Year to all dear frenz...hope tahun ni akan jadi lebih baik dari tahun sebelum2nya..amin..