Pages

3 Jun 2013

Trust Nobody !!!! Part 2..

Hai, everyone ... looking for KITZWARE SDN BHD or UNIQUE KITZ? Disebabkan saya mendapat banyak maklumbalas tentang penipuan syarikat ini yang saya ada war2 kan sebelum ini, so let me share with u people what u can do..Suka atau tidak, bagi yang terkena, bagi yang dah tertipu, perkara sudah pun berlaku..jadi apa yang perlu dilakukan? cubalah betulkan keadaan..kita ada hak kita sebagai pengguna..sekurang2nya kita mencuba, kan?mari kita heret mereka ke muka pengadilan..yes, justice for all!! Ok, saya forwardkan informasi ini dari KPDNKK office sndiri..


1. Encik/Puan boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sekiranya encik/puan tidak berpuas hati dan ingin menuntut semula wang pembelian barangan elektrik dari pihak penjual barangan tersebut. Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang 1 yang boleh diperolehi di pejabat Tribunal yang terdekat serta mengemukakan semua bukti atau dokumen yang boleh menyokong tuntutan tersebut. Borang 1 tersebut juga boleh dimuat turun daripada laman web kementerian ini di alamat www.kpdnkk.gov.myatau daripada laman web e-Tribunal di http://ttpm.kpdnkk.gov.my.

2. Adalah ditekankan bahawa keputusan di atas tuntutan yang difailkan akan dibuat berasaskan fakta dan undang-undang yang dikemukakan/dirujuk oleh kedua-dua pihak (pihak yang menuntut dan pihak penentang) semasa pendengaran tuntutan. Tribunal ini tiada bidang kuasa untuk memberi nasihat perundangan kepada mana-mana pihak. Bidang kuasa Tribunal ini adalah untuk mendengar dan memutuskan tuntutan yang difailkan melalui Borang 1 oleh pengguna.
  
3. Untuk makluman (bagi mangsa sekitar Shah Alam, Selangor), nombor telefon pejabat TTPM Shah Alam, Selangor adalah 03-55118271 atau 03-55114929 di alamat Tingkat 17, Menara MRCB, Jalan Majlis, Seksyen 14, 40622 Shah Alam, Selangor.

Semoga membantu anda semua ya! Once again, pesanan utk saya dan anda di luar sana juga supaya lbh beringat pada masa akan datang! =)

20 Mar 2013

Refleksi dan Koreksi Diri

Refleksi dan Koreksi..dua perkataan yang akan sentiasa mengingatkanku kepada Prof Muhaya..idola kami suami isteri..sekarang selalu tunggu rancangan Prof kat Oasis channel..exciting and very ilmiah..terima kasih, Prof..

Well, teringat nak menulis semula apa yang dipesan oleh Prof tu..Masih kuingat perkara asasnya pasal dunia dalaman dan dunia luaran..dunia dalaman adalah hati..dan hatilah yakni dunia dalaman yang akan menentukan bagaimana dunia luaran kita..apa lagi ya? hmm...sentiasa berfikiran positif..bersihkan hati, fikir benda yang baik2, insyaAllah dunia di sekeliling kita juga akan jadi baik..sebabnya? kaitannya dengan tenaga yang dikeluarkan terus mempengaruhi seseorang dan juga orang lain..lihatlah, pegang lah, dengar lah benda2 yang baik, insyaAllah kesannya akan baik juga...

Dipesan juga agar penuhilah ilmu di dada..sediakan sebuah perpustakaan ilmiah di rumah..kenapa? apa yang kita baca adalah cerminan peribadi kita..ya betul juga..kenapa harus dibazirkan hayat kita daripada membaca perkara yang lagha dan sia2..usia kita di dunia tidaklah panjang untuk kita berfoya-foya dan 'enjoy tak ingat dunia'..alangkah singkatnya masa yang Dia berikan pada kita..lantas tidak mahukah kita merebut peluang ini untuk menambah iman dan bekalan kita? sama2 refleksi diri dan koreksi diri...

Salah satu episod yang buat saya mengalir air mata..topik isteri.."Para isteri..jangan heret suami anda ke neraka..".masyaAllah..macam mana? Yang pertama dan paling utama..aurat..sudah sempurnakah aurat kita? Ingatlah sedikit aurat isteri yang dibuka maka makin hampirlah suami ke neraka..sayang suami anda? berusahalah koreksi diri..tutup lah aurat dengan sempurna..ya, menitis air mata saya..memang saya manusia biasa yang tidak sempurna, tapi insyaAllah saya cuba menjadi insan dan hamba yang lebih baik..Kepada semua terutama wanita (apatah lagi seorang isteri), check :

1. SOLAT
2. AURAT
3. PERGAULAN - isteri cerminan suami, begitu juga sebaliknya..

Semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang beriman..Mohon keredhaanNya moga Syurga itu milik kita jua..Aminnnn..

27 Feb 2013

Trust Nobody !!!!

2013 started with unforgettable memory..selalu dengar je pasal scam a.k.a penipuan..tak sangka i telah menjadi mangsa seawal tahun 2013 ni..the greatest lesson is TRUST NOBODY IN THIS WORLD !!! Sakitnya jiwa bila mengenangkan apa yang dah berlaku...ya, kepada kawan - kawanku yang dikasihi sekalian..ketahuilah banyaknya penipuan yang berlaku dalam dunia sekarang..mudahnya orang cari makan dengan menipu orang lain..penipuan yang licik, berselindung di sebalik nama company yang sah tapi sebenarnya mengaut keuntungan yang melampau - lampau!!! sungguh i betul2 belajar daripada apa yang dh berlaku and the same goes to my husband...
 So,....

ATTENTION TO ALL :

Sekiranya anda melihat di mana - mana nama syarikat di bawah :

1. KITZWARE (M) SDN BHD
2. UNIQUEKITZ HOME EQUIPMENT SDN. BHD

Jauhkan diri anda daripada mereka..I do not know, mungkin akan ada nama company lain pulak lepas ni.. To date, produk yang mereka promote kononnya hebat sgt mgunakan teknologi Japan bernama KENZO..teknologi Japan ke teknologi Ayam? Barang mereka tersangatlah mahal, tetapi kualiti barang adalah rendah..Actually, u can get a super duper better brand with that price...It was really2 frustating..sesape nak share your experience, silakan..kalau nak tahu kisah benar apa yang berlaku pada i, sila hubungi i kat emel ni norhidayah1109@gmail.com..Hopefully, tak ada lagi orang yang terkena seperti mana i telah ditipu hidup2 oleh mereka..(Sedih kerana telah menjadi mangsa penipuan!!!)..Semoga Allah membalas perbuatan mereka...