Pages

3 Jun 2013

Trust Nobody !!!! Part 2..

Hai, everyone ... looking for KITZWARE SDN BHD or UNIQUE KITZ? Disebabkan saya mendapat banyak maklumbalas tentang penipuan syarikat ini yang saya ada war2 kan sebelum ini, so let me share with u people what u can do..Suka atau tidak, bagi yang terkena, bagi yang dah tertipu, perkara sudah pun berlaku..jadi apa yang perlu dilakukan? cubalah betulkan keadaan..kita ada hak kita sebagai pengguna..sekurang2nya kita mencuba, kan?mari kita heret mereka ke muka pengadilan..yes, justice for all!! Ok, saya forwardkan informasi ini dari KPDNKK office sndiri..


1. Encik/Puan boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sekiranya encik/puan tidak berpuas hati dan ingin menuntut semula wang pembelian barangan elektrik dari pihak penjual barangan tersebut. Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi Borang 1 yang boleh diperolehi di pejabat Tribunal yang terdekat serta mengemukakan semua bukti atau dokumen yang boleh menyokong tuntutan tersebut. Borang 1 tersebut juga boleh dimuat turun daripada laman web kementerian ini di alamat www.kpdnkk.gov.myatau daripada laman web e-Tribunal di http://ttpm.kpdnkk.gov.my.

2. Adalah ditekankan bahawa keputusan di atas tuntutan yang difailkan akan dibuat berasaskan fakta dan undang-undang yang dikemukakan/dirujuk oleh kedua-dua pihak (pihak yang menuntut dan pihak penentang) semasa pendengaran tuntutan. Tribunal ini tiada bidang kuasa untuk memberi nasihat perundangan kepada mana-mana pihak. Bidang kuasa Tribunal ini adalah untuk mendengar dan memutuskan tuntutan yang difailkan melalui Borang 1 oleh pengguna.
  
3. Untuk makluman (bagi mangsa sekitar Shah Alam, Selangor), nombor telefon pejabat TTPM Shah Alam, Selangor adalah 03-55118271 atau 03-55114929 di alamat Tingkat 17, Menara MRCB, Jalan Majlis, Seksyen 14, 40622 Shah Alam, Selangor.

Semoga membantu anda semua ya! Once again, pesanan utk saya dan anda di luar sana juga supaya lbh beringat pada masa akan datang! =)

20 Mar 2013

Refleksi dan Koreksi Diri

Refleksi dan Koreksi..dua perkataan yang akan sentiasa mengingatkanku kepada Prof Muhaya..idola kami suami isteri..sekarang selalu tunggu rancangan Prof kat Oasis channel..exciting and very ilmiah..terima kasih, Prof..

Well, teringat nak menulis semula apa yang dipesan oleh Prof tu..Masih kuingat perkara asasnya pasal dunia dalaman dan dunia luaran..dunia dalaman adalah hati..dan hatilah yakni dunia dalaman yang akan menentukan bagaimana dunia luaran kita..apa lagi ya? hmm...sentiasa berfikiran positif..bersihkan hati, fikir benda yang baik2, insyaAllah dunia di sekeliling kita juga akan jadi baik..sebabnya? kaitannya dengan tenaga yang dikeluarkan terus mempengaruhi seseorang dan juga orang lain..lihatlah, pegang lah, dengar lah benda2 yang baik, insyaAllah kesannya akan baik juga...

Dipesan juga agar penuhilah ilmu di dada..sediakan sebuah perpustakaan ilmiah di rumah..kenapa? apa yang kita baca adalah cerminan peribadi kita..ya betul juga..kenapa harus dibazirkan hayat kita daripada membaca perkara yang lagha dan sia2..usia kita di dunia tidaklah panjang untuk kita berfoya-foya dan 'enjoy tak ingat dunia'..alangkah singkatnya masa yang Dia berikan pada kita..lantas tidak mahukah kita merebut peluang ini untuk menambah iman dan bekalan kita? sama2 refleksi diri dan koreksi diri...

Salah satu episod yang buat saya mengalir air mata..topik isteri.."Para isteri..jangan heret suami anda ke neraka..".masyaAllah..macam mana? Yang pertama dan paling utama..aurat..sudah sempurnakah aurat kita? Ingatlah sedikit aurat isteri yang dibuka maka makin hampirlah suami ke neraka..sayang suami anda? berusahalah koreksi diri..tutup lah aurat dengan sempurna..ya, menitis air mata saya..memang saya manusia biasa yang tidak sempurna, tapi insyaAllah saya cuba menjadi insan dan hamba yang lebih baik..Kepada semua terutama wanita (apatah lagi seorang isteri), check :

1. SOLAT
2. AURAT
3. PERGAULAN - isteri cerminan suami, begitu juga sebaliknya..

Semoga kita semua tergolong dalam orang2 yang beriman..Mohon keredhaanNya moga Syurga itu milik kita jua..Aminnnn..

27 Feb 2013

Trust Nobody !!!!

2013 started with unforgettable memory..selalu dengar je pasal scam a.k.a penipuan..tak sangka i telah menjadi mangsa seawal tahun 2013 ni..the greatest lesson is TRUST NOBODY IN THIS WORLD !!! Sakitnya jiwa bila mengenangkan apa yang dah berlaku...ya, kepada kawan - kawanku yang dikasihi sekalian..ketahuilah banyaknya penipuan yang berlaku dalam dunia sekarang..mudahnya orang cari makan dengan menipu orang lain..penipuan yang licik, berselindung di sebalik nama company yang sah tapi sebenarnya mengaut keuntungan yang melampau - lampau!!! sungguh i betul2 belajar daripada apa yang dh berlaku and the same goes to my husband...
 So,....

ATTENTION TO ALL :

Sekiranya anda melihat di mana - mana nama syarikat di bawah :

1. KITZWARE (M) SDN BHD
2. UNIQUEKITZ HOME EQUIPMENT SDN. BHD

Jauhkan diri anda daripada mereka..I do not know, mungkin akan ada nama company lain pulak lepas ni.. To date, produk yang mereka promote kononnya hebat sgt mgunakan teknologi Japan bernama KENZO..teknologi Japan ke teknologi Ayam? Barang mereka tersangatlah mahal, tetapi kualiti barang adalah rendah..Actually, u can get a super duper better brand with that price...It was really2 frustating..sesape nak share your experience, silakan..kalau nak tahu kisah benar apa yang berlaku pada i, sila hubungi i kat emel ni norhidayah1109@gmail.com..Hopefully, tak ada lagi orang yang terkena seperti mana i telah ditipu hidup2 oleh mereka..(Sedih kerana telah menjadi mangsa penipuan!!!)..Semoga Allah membalas perbuatan mereka...

31 Jul 2012

transformasi 2012

ahha..last day for the month of July!! bersamaan 11 ramadhan hari ni..huh!cepatnya masa brlalu..sedar tak sedar dah hampir stgh bulan kita brpuasa..cepatnya masa berlalu...esok kalendar dah nak bertukar..transform ke August lak..bulan kemerdekaan lah kan..kebetulan kita akan menyambut raya bulan depan..so, keluarlah iklan...MERDEKA RAYA..hmm..mcm2..

Esok aku akan buat satu transformasi bersama2 azam baru dan semangat baru untuk melalui life as university student..again and again..kadang2 rs berat sgt nak meneruskan perjuangan..tapi apakan daya,sekali melangkah kuharus gagahkan jua..untuk kemajuan diri dan demi insan tercinta..hadiah buat cinta dan pengorbanannya..(ye ke??)..nak dapatkan momentum tu yang payah..momentum besar, speed pun kena tinggi..nak reach maximum speed tu yg..alahai..demam beb!!

well, tak kisah lah..yang penting azamku supaya pisang tak berbuah dua kali..yakin aku boleh melakukannya hingga ke finishing line..insyaAllah..org lain azam awal tahun..aku tgh tahun lak..ahha..lantak lah..peduli apa,kan?ada ku kisah? selamat berpuasa semua..moga ramadhan kali ni lebih baik dari yg sebelumnnya..aminn,,

4 Jul 2012

myMetro | Nafsu binatang

myMetro | Nafsu binatang

Buat ingatan seluruh wanita terutama pelajar-pelajar..sentiasa berwaspada dan berhati-hati..malang tidak berbau...

13 Jun 2012

Check diri sendiri..

Salam..pepagi tadi bangun..hmm? nak buat apa ya..nak masak macam awal lagi..on TV lah..tune to tv9..ada rancangan Tanyalah Ustazah..tajuknya@Penyejuk Hati..sambil buat sarapan sambil2 layanlah kupasan topik tu..agak menarik..bagaimana menjadi isteri/suami atau anak2 penyejuk hati?? mula2 saya anggap itu hanya perbincangan biasa namun ada seketika suatu ayat dan huraian bagai sepantas kilat memagut hati saya..ia mula tersentuh dan air mata mula mengalir..saya catatkan di sini supaya terus menjadi panduan saya dan anda  yang membaca tulisan ini..

Sbg suami atau isteri berusahalah untuk menjadi penyejuk hati pasangan anda..bukan sekadar penyejuk mata..cantik di mata indah fizikal cuma..yang dikatakan penyejuk hati tu mestilah akhlak dan sahsiahnya cukup baik serta tunjang iman yang cukup kental jadi hambaNya yang satu..sbg isteri,jadilah isteri yang terbaik..begitu jg sebaliknya..diceritakan kebanyakan kisah realiti yang mana si isteri telah melakukan segala kebaikan, menjaga segala kebajikan suami..tapi masih dizalimi suami? ada juga suami dizalimi isteri..nampak pelik tapi itulah realiti..kenapa ya? pasti di hati si isteri/suami apakah dosanya..apa lagi yang masih tak cukup? apa lagi yg masih tak kena? bila saya dengar huraian ustazah itu..jawapannya..Allah ingin menguji iman si isteri..biasanya dalam kes seperti ini Allah akan turunkan kepada sang suami (atau isteri) baginya pasangannya itu bukan lah penyejuk hati..Allah tarik Nur dalam dirinya..itulah ujian Allah..namun anda sbg pasangan mampukah kita berfikir dengan baik lg tatkala itu? jiwa yang kacau tidak memungkinkan itu..apatah lagi syaitan yang sentiasa menanti ruang dan peluang..bila brcinta..syaitan tarik ke arah zina..bila dah kawin? syaitan tarik ke arah penceraian..ya itu lah kerja syaitan laknatullah..

Diceritakan lagi kisah isteri2 Nabi yang berlumba2 memenangi hati Nabi hgga satu ketika salah seorang isteri baginda diceraikan iaitu Hafsah walaupun wanita itu punya hati yang sangat mulia..tapi setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya..dari situlah turunnya ayat2 Al-quran tentang hukum hakam cerai dan rujuk..diceritakan lagi kisah Aisah isteri firaun yang maha zalim..pesanan dari ustazah itu..sezalim mana pun suami anda dia belum Firaun lagi..maka apakah alasan anda untuk jadi isteri yang baik? Jadilah hamba yang baik di sisi Allah..selagi suami/isteri tidak menghalang anda berbuat kebaikan dan tunduk kepada Allah..maka teruskan lah jadi pasangan yang terbaik dan usah dambakan penceraian..sebelum kita harapkan pasangan jadi penyejuk hati, check diri kita sendiri..sudahkan kita menjadi hamba Allah yang terbaik? bersyukurkah kita setiap hari dengan nikmatNya?adakah kita patuh dengan apa yang diperintahkan?apakah kita tinggalkan apa yang dilarang? Jadikanlah hadis dan sunnah Nabi sbg ikutan..pesanan kepada saya dan anda semua..perdengarkan setiap hari dengan 1 hadis..insyaAllah anda akan dikurniakan hati yang lembut dengan izin Allah..wallahualam..

Renungan bersama :
(Sumber : http://www.freewebs.com/alhadith/)


Bab kemanisan Iman
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ

 أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ
 وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
 (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
 (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. 
(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran
 sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”
Hadis sahih riwayat Bukhari

24 May 2012

Bila SATU tanggungjawab selesai..

Alhamdulillah..itulah yang mampu aku ungkapkan..hari ni dalam sejarah..hari ni hari pertama aku tidak perlu fikir soal tanggungjawab di tempat kerja lg..sebabnya aku dah mengambil keputusan untuk melepaskan kerjaya aku semata2 demi cita-cita lain dan impian aku yg lagi satu..mudah2an pengorbanan ini tidak sia2 dan semoga ianya memberikan aku satu kekuatan untuk terus majukan diri menjadi org yang lebih berjaya..

Perasaanku ketika ini macam2 ala2 rempah kari yang kelihatan hanya satu warna tapi di dalamnya ada bermacam2 herba dengan pelbagai rasa..hampir 3 tahun aku brkhidmat di sana..bermula 1 Oktober 2009 sehingga 29 May ini..(Opps..tarikh keramat tu..)..6 days left as MUCH lecturer..

By the way, personally aku happy coz meninggalkan company dalam keadaan baik (aku fikir!!!), i let all my work settled..yg penting tanggungjwab selesai..itulah perkara paling manis yang membuatkan aku betul2 tenang..

Hmm..semalam last day@office..i had wonderful time with my colleagues and friends..talk to each others..capture photos and i really hope that moments that we shared together will be last forever..they are truly friends bukan saja waktu gembira but also through pain and sorrow..thank you to all my dear friend..kepada kawan2;dunia ini bulat..dan kita banyak tanggungjawab!!! so, jadilah insan berguna..jgn lupa tunaikan tanggunjawab kita!!yeay!! Jangan lupa mengundi di PRU nnt..ha3..sempat lg..(mewakili kawasan Parlimen Tasek Gelugor..hehe)..

                                                            BEAUTIFUL MOMENTS....



Saya sayang anda semua..jumpa lagi...