Pages

24 Oct 2011

sape suka...?

Hai...mesti u all tertanya2 kan..sape suka....? suka apa? hehe..ada benda free ke? kalau bab yang ni..mesti semua org pun suka,kan? termasuk lah saya...orang kata rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari..dah ada orang nak bagi free..nak tunggu lg ke?? tapi jangan salah sangka eh..saya takda barang free hari ni nak bagi..tapi sapa suka membaca silalah..free je nak baca tulisan saya ni..hehe..jgn marah aa...

sape suka...ujian/test/exam?angkat tangan!!! alah macam ujian kat sekolah tu..bila cikgu sebut je..minggu depan ada test!! apa reaksi wajah anda ye? suka rasa macam nak melompat2 mcm kawan kat zoo tu ke? atau mula nak tunjuk muka masam macam cuka atau kelat macam buah peria? haha...sape pernah masuk sekolah, mesti boleh jawab soalan ni ye tak? saya rasa kalau buat survey mungkin 150% responden akan jawab BENCI TEST a.k.a EXAM..tambah bebudak kat IPT..wajah yang ceria tetiba boleh berubah jadi ntah apa2..nak2 pula yang immediate test! confirm boleh pengsan..ingat member2 kat USM dulu yang buat medic course, exam week je mula lah masing2...tak nampak bayang2 pun..muka stress habis..senyum jangan haraplah..itu lah impaknya bila namanya UJIAN!!! kalau boleh semua orang tak nak hadapi ujian..betul tak? tapi..saya nak kongsikan 'something' dengan anda yang baca entri saya kali ni...

 “Sesiapa saja yang dikehendaki Allah menjadi baik maka diberikan ujian kepadanya.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Haa..sekarang saya nak tanya pula..sape nak jadi manusia baik? mesti semua nak,kan? sebagai manusia normal (nota:tidak ditujukan kepada pesakit2 wad psikiatrik,k!), kita mesti nak jadi insan yang baik dan berharap kita sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah,kan? jadi..anda rasa apa kaitan ujian a.k.a test dengan jadi baik berdasarkan sepotong hadis di atas? kalau saya kata tak ada benda yang mudah dalam hidup ni, anda setuju? begitu lah juga nak mencapai kehidupan yang baik di dunia dan akhirat..perjalanannya sudah tentu bukan mudah..kita akan diuji..diuji..dan terus diuji..biar hakikatnya ujian itu sungguh pahit, tapi buahnya sangat manis..jadi pesanan kepada diri saya dan sahabat2 di luar sana..jangan mengeluh ya bila kita diuji..Allah nak jadikan kita hamba yang lebih baik..mungkin kita dah berlari sedikit jauh dari Allah..jadi Dia nak dekatkan diri kita kepadaNya semula..muhasabah la..jangan muhasarawak..macam mana tu? terima dengan redha, dekatkan diri denganNya (dengan itu, kita akan lebih KUAT..lebih kuat dari badang!percayalah..)..dan ingatlah kita adalah insan terpilih yang telah diuji...semoga kita tidak tersasar jauh daripadaNya..oleh itu BERSYUKURLAH dan ingat dalam hati..."ALLAH SEDANG MENYAYANGIKU..jadi mari kita sama2 harapkan ujian dari Allah..mari kita betulkan stigma benci ujian kepada suka ujian...wallahualam..

19 Oct 2011

'orang kita'

Hai semua.. hari ni aku nak kongsi pasal tragedi semalam..hehe..dek kealpaan sendiri..maka terjadi lah tragedi ini..tragedi?? macam tragis je kan..bertepatan dengan entri aku kali ni tajuk 'orang kita'..jadi memang aku nak bercerita pasal orang la..dah nama pun orang jadi mesti la banyak ragam ye tak?alkisahnya aku dan kawan2 yang setia menemani keluar ke TBS jam 1:00 petang..ha3..apa tu?Terminal Bersepadu Selatan lah..first time jejak kaki ke situ..ye lah aku kan orang utara..jadi buat apa menapak ke TBS tu ..nak dijadikan cerita masalah pertama adalah parking kat BTS (orang selalu naik LRT mesti tahu apa dia) tu..dah la tengah constuction jadi memang hari biru ungu la kawasan kat situ..yang aku tak puas hati tu guard kat parking area tu..kita tanya parking ada ke tak??? (ada kot 1000x), dia buat deq (camne nak eja,eh..kira buat tak tau la)..heh..panas betul seluruh badan aku..dlm hati..'orang kita' ke ni? tak faham bahasa melayu ke or boleh dikategorikan so-called pekak? stress betul..dengan takde expression..dia buat tak tahu je..sabo2..last2 aku hentam masuk jg..berpusing2 (test skill drive) akhirnya dpt lah 1 parking the one and the only one..Fuhhh!!!

On the way nak ke terminal tu jumpa 1 couple dr Guongzhou nak ke Melaka..terkial2 la sbb taxi driver tu tinggal d'orang kat situ..haha..lg skali 'orang kita'!!! yang ni aku bangga sbb kawan aku sndiri!!! dia tetiba jd 'tourist agent' welcoming the tourist and guide them to the terminal..sweet kan? borak punya borak smbil lalu eskalator and bridge sampai lah ke TBS..hurrmm..besar juga ala2 airport macam Pudu Sentral jg..ok la..so, tanpa buang masa aku terus menuju ke kaunter untuk beli tiket..actually aku ni sesat kat TBS tu sebab nak ke JB esok!! lepas 'bermesra' (jangan fikir blue,k sebab aku ni memang mudah mesra ngan sesape je) dengan mamat kat kaunter tu..aku dan kawan2 pun amik tiket dan blah la..pasal tourist tu dorang dah selamat dapat tiket dengan bantuan kawan aku tu..(kawan aku tu cakap kalau jumpa orang tanya pasal direction, bagitau saja pun dah ok, tapi kalau boleh bawa dia ke mana dia nak pergi lagi cantik..amacam?kita boleh buat macam dia tak?)..hehe..lu pikir sendiri!!!

Berbalik pada story aku..lepas happy dapat tiket, kami terus enjoy our lunch shgga lah time nak bayar!!! alamak!!! mana duit rm10 aku?kan patutnya ada balance dari beli tiket tadi? hah..sudah!!! aku buat lagi!! ni lah penyakit aku..PELUPA!! dengan tak malunya aku pun terus call HOTLINE TBS untuk kepastian..ni sekali lagi masalah 'orang kita'..macam mana eh buat kerja..kes ni kan salah satu etika khidmat pelanggan..eh3..aku call untuk komplen (bab ni memang aku suka!!)..rasanya dengan 4 orang staff aku bercakap benda yang sama..macam2 alasan meeting lah apa lah..aku terus follow-up sampai lah jam 7.30 malam baru lah ada berita baik..he3..duit aku memang 'sangkut' kat sana..yeay!!! hujung2 bulan ni..itulah yang sangat kuharapkan..apa yang penting sangat dengan cerita ni? ni lah aku nak cakap pasal KEJUJURAN dan NILAI BUDI BAHASA yang tinggi..budi bahasa kan budaya kita..jadi kalau dah kerja bahagian khidmat pelanggan a.k.a customer service tu, contohi lah cik farah tu..walaupun hanya kerja di bahagian kaunter, tetap berlemah lembut dan merendah diri mohon maaf walaupun bukan dia yang salah sebenarnya..(mamat tu yang salah!aku pun salah juga..tapi kan CUSTOMER ALWAYS RIGHT!!)..lagi satu sifat terpuji JUJUR & AMANAH..dia boleh je cakap dengan aku duit tu tak ada atau apa saja alasan lain..tapi, dia memang seorang yang jujur! so, mari kita contohi sikap 'orang kita' yang ini..bagus,kan? semoga Allah memberkati rezekinya dan melimpahi rahmat ke atasnya..aminn..dan pengajaran yang aku dapat ialah..lain kali JANGAN DOK BERANGAN!!!(tapi..apa yang aku angankan?konpius2..) ha2..jumpa lagi..

14 Oct 2011

Istimewanya jumaat

Salam hari jumaat untuk semua..salam hari istimewa..salam hari penghulu segala hari..

Hari ini saya nak mengajak anda semua untuk menambah satu lagi ilmu..diharapkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada sahabat2 terutama saudara seagama yang dikasihi..suka saya memperingatkan diri saya dan anda semua tentang perkara2 kebaikan yang menjadikan kita lebih dekat kepadaNya..sesungguhnya Allah itu Maha Besar..Allah itu Maha Mengetahui hatta apa jua yang terkandung di sudut yang paling jauh dalam hati kita..

Ingin saya petik satu hadith Rasul SAW : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, maka dia akan mendapatkan cahaya di antara dua Jumaat.” {HR al-Hakim}.

Marilah sama - sama kita menambah satu lagi amalan sunat selain yang lain-lainnya..yang wajib tetap wajib ye:) ya..mari kita membaca surah Al-Kahfi pada hari ini dan pada jumaat2 yang seterusnya..doa saya supaya hidup anda terus diberkati dan dilimpahi rahmah Allah s.wt..

13 Oct 2011

Ada apa dengan hari anda?

Alhamdulilah..aku masih bernafas hari ini! terima kasih ya Allah kerana masih mengurniakan masa untuk aku terus sujud padaMu..setiap hari selepas bangun di awal pagi, jangan lah kita lupa untuk memanjat kesyukuran padaNya..ucapkan lah ALHAMDULILLAH...pesanan untuk sahabat2 dan pada diri saya sendiri..keranaNya kita hidup..keranaNya kita masih berpeluang untuk menikmati rezeki di dunia ini...

Ada apa dengan setiap hari anda? apakah pengisian anda sepanjang 24 jam anda bernafas sehari? mari lah kita renung2 kan..ingatkan kita pada Dia?Dia yang menciptakan kita..Dia yang memastikan kesejahteraan kita....bagaimana seharusnya kita mengucapkan syukur kepada Maha Pencipta? cukup kah dengan hanya solat 5 waktu?..jika setiap hari setiap saat kita mahu kesihatan yang baik, hidup yang penuh bahagia..begitu lah juga jangan sesekali melupakannya kerana semua yang kita mahu hanya akan berlaku dengan kehendakNya..

Ada apa dengan hari anda hari ini? sentiasa lah berusaha manjadi org yang lebih baik dari hari semalam..mungkin ilmu yang kita perolehi adalah sedikit..tetapi memadai lah kalau ia mampu membawa kebaikan yang berpanjangan...renung2 kan..

Dari Anas bin Malik r.a :
Rasulullah saw bersabda, “Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam.”
(Sahih – Ibnu Majah [0184])

12 Oct 2011

Bina Bahagia bersama Suzana Ghazali: Pastikan sayang anda berbaloi

Bina Bahagia bersama Suzana Ghazali: Pastikan sayang anda berbaloi: Seminggu lepas, hari-hari saya penuh dengan kes-kes baru. Bukan sahaja temujanji sebaliknya kes-kes melalui sms yang disampaikan oleh PA say...