Pages

13 Jun 2012

Check diri sendiri..

Salam..pepagi tadi bangun..hmm? nak buat apa ya..nak masak macam awal lagi..on TV lah..tune to tv9..ada rancangan Tanyalah Ustazah..tajuknya@Penyejuk Hati..sambil buat sarapan sambil2 layanlah kupasan topik tu..agak menarik..bagaimana menjadi isteri/suami atau anak2 penyejuk hati?? mula2 saya anggap itu hanya perbincangan biasa namun ada seketika suatu ayat dan huraian bagai sepantas kilat memagut hati saya..ia mula tersentuh dan air mata mula mengalir..saya catatkan di sini supaya terus menjadi panduan saya dan anda  yang membaca tulisan ini..

Sbg suami atau isteri berusahalah untuk menjadi penyejuk hati pasangan anda..bukan sekadar penyejuk mata..cantik di mata indah fizikal cuma..yang dikatakan penyejuk hati tu mestilah akhlak dan sahsiahnya cukup baik serta tunjang iman yang cukup kental jadi hambaNya yang satu..sbg isteri,jadilah isteri yang terbaik..begitu jg sebaliknya..diceritakan kebanyakan kisah realiti yang mana si isteri telah melakukan segala kebaikan, menjaga segala kebajikan suami..tapi masih dizalimi suami? ada juga suami dizalimi isteri..nampak pelik tapi itulah realiti..kenapa ya? pasti di hati si isteri/suami apakah dosanya..apa lagi yang masih tak cukup? apa lagi yg masih tak kena? bila saya dengar huraian ustazah itu..jawapannya..Allah ingin menguji iman si isteri..biasanya dalam kes seperti ini Allah akan turunkan kepada sang suami (atau isteri) baginya pasangannya itu bukan lah penyejuk hati..Allah tarik Nur dalam dirinya..itulah ujian Allah..namun anda sbg pasangan mampukah kita berfikir dengan baik lg tatkala itu? jiwa yang kacau tidak memungkinkan itu..apatah lagi syaitan yang sentiasa menanti ruang dan peluang..bila brcinta..syaitan tarik ke arah zina..bila dah kawin? syaitan tarik ke arah penceraian..ya itu lah kerja syaitan laknatullah..

Diceritakan lagi kisah isteri2 Nabi yang berlumba2 memenangi hati Nabi hgga satu ketika salah seorang isteri baginda diceraikan iaitu Hafsah walaupun wanita itu punya hati yang sangat mulia..tapi setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya..dari situlah turunnya ayat2 Al-quran tentang hukum hakam cerai dan rujuk..diceritakan lagi kisah Aisah isteri firaun yang maha zalim..pesanan dari ustazah itu..sezalim mana pun suami anda dia belum Firaun lagi..maka apakah alasan anda untuk jadi isteri yang baik? Jadilah hamba yang baik di sisi Allah..selagi suami/isteri tidak menghalang anda berbuat kebaikan dan tunduk kepada Allah..maka teruskan lah jadi pasangan yang terbaik dan usah dambakan penceraian..sebelum kita harapkan pasangan jadi penyejuk hati, check diri kita sendiri..sudahkan kita menjadi hamba Allah yang terbaik? bersyukurkah kita setiap hari dengan nikmatNya?adakah kita patuh dengan apa yang diperintahkan?apakah kita tinggalkan apa yang dilarang? Jadikanlah hadis dan sunnah Nabi sbg ikutan..pesanan kepada saya dan anda semua..perdengarkan setiap hari dengan 1 hadis..insyaAllah anda akan dikurniakan hati yang lembut dengan izin Allah..wallahualam..

Renungan bersama :
(Sumber : http://www.freewebs.com/alhadith/)


Bab kemanisan Iman
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ

 أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا
 وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ
 وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Dari Anas r.a. Nabi s.a.w. sabdanya :
“Tiga perkara yang sesiapa memilikinya, dia akan mendapat kemanisan iman.
 (pertama) Hendaklah Allah dan rasul-Nya lebih dicintai mengatasi selain kedua-duanya.
 (kedua) Hendaklah dia mencintai seseorang, kerana Allah. 
(ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran
 sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka”
Hadis sahih riwayat Bukhari