Pages

18 Nov 2011

Kejayaan Bermaruah!!!

Tahniah yang tak terhingga (HAPPY-infinity!!!) kepada TM U-23 kita di Indonesia (nak taip nama jiran kita ni pun dah rasa geram!) dah start nak emo ni!!! hehe..tak baik,kan?..kena cool..apa yang saya boleh rumuskan secara peribadi..ini lah dia yang kita panggil KEJAYAAN BERMARUAH!! (lu fikir la sendiri apa maknanya) ..Syabas buat pemain2 Malaysia yang tetap kekal bertahan 95 minit di GBK!! Memang berdebar2 menantikan perlawanan semalam..

Walaupun hero saya BB agak 'tenggelam' dalam perlawanan 'hangat' semalam tapi aksinya bersama kawan2 yang lain memang wajib dipuji..WAJIB,OK!!! tahniah buat Syahrul kerana telah berjaya menghadiahkan baki 3 mata bermakna buat negara sekaligus menjadi wira Harimau Malaya! Dia berjaya membuktikan kehebatannya walaupun baru beberapa minit masuk padang!! Memang mengaum habis semalam..sayap Garuda pun dah patah akibat ngauman itu!! ahaks..suka lagi!!!

Saya cuma simpati dengan Kim Swee (OKS) semalam..mesti sedikit sebanyak maruahnya tercalar akibat keputusan pengadil secara tiba2 tu..tapi, tak pe lah..mesti dia dah rasa terubat dengan kejayaan anak buahnya semalam!! No, worry OKS!!! Harimau Malaya pasti berjaya menambah satu lagi pingat emas untuk skuad Malaysia!!! Kita nantikan saja!! Tapi sebelum tu mari kita doakan kejayaan mereka menentang Myanmar pula esok (Sabtu, 19Nov2011).. jom kita kibarkan Jalur Gemilang yang kita banggakan!!

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kitaterimalayananburuk/Article/index_html#

Nota penulis : Saya sedih bila baca artikel dari salah seorang wartawan Metro ni. Rasa marah dan geram bercampur baur! Apakah persengketaan yang mereka mahukan? Sukan sepatutnya menjadi medium untuk penyatuan bukan permusuhan! Jangan dituding jari kepada sesiapa.. saya seorang insan yang ingin menyuarakan SEMANGAT KEDAMAIAN!! Sebagai manusia, renung2kan dan selamat beramal..

TAHNIAH...Syahrul (kiri) diraikan  Izzaq (tengah) dan   Fandi   selepas   menjaringkan gol   yang menyebabkan Stadium Gelora Bung Karno  Indonesia sunyi-sepi.
TAHNIAH...Syahrul (kiri) diraikan Izzaq (tengah) dan Fandi selepas menjaringkan gol yang menyebabkan Stadium Gelora Bung Karno Indonesia sunyi-sepi. (Sumber : Metro, 18 November 2011)

*** Tq pada kawan saya Erina, kerana benarkan saya buat bising kat rumahnya semalam!!! Saya dah jadi penonton a.k.a Pengulas Tak Bergaji pada Erina dan kawan2nya!!! ha3...
*** Saya suka dengar lagu Selamanya (lagu khas untuk Harimau Malaya)...Go, Harimau!!!!

No comments:

Post a Comment