Pages

3 Nov 2011

Mampukah kita berkorban?

Salam semua..hari ni 3 Nov 2011 bersamaan 7 Dzulhijjah 1432 Hijrah..maksudnya lagi 3 je kita semua umat Islam akan menyambut satu lagi hari kebesaran dalam agama kita yakni Hari Raya Aidiladha juga selalunya kita panggil Raya Qurban..Haa..macam mana persiapan? ada yang bersungguh2 seperti raya Aidilfitri ke? ada sesetengah orang, walau raya apa pun yang datang, semangat menyambut tu sama je meriahnya..hehe..tak apa..yang penting jangan sampai membazir ye..berbelanja setakat yang termampu..dan biar lah bersederhana..wasatiah katakan..itu lah yang sebaik2nya..Tahun ni saya beraya di perantauan je..ceh2..dengar macam jauh je,kan..kat selangor ni je..apa nak buat, atas sebab2 yang tak dapat dielakkan terpaksa lah saya beraya di sini..jauh dari keluarga di kampung...hmm..bercakap tentang sambutan perayaan yang ini, saya pun terfikir2.. di sebalik kegembiraan kita menyambut perayaan ni dengan keluarga dan kawan2, di sebalik rezeki melimpah ruah dengan hidangan makanan yang teramat lah sedap dan lazat, apa sebenarnya erti raya qurban ni kepada kita? apakah penghayatan kita terhadap hari kebesaran 10 DZulhijjah ini? kalau tujuan untuk mengingatkan diri..patutlah kiranya kita ingat satu perkataan je..yakni Qurban a.k.a  korban ...selalunya banyak la lembu2 yang 'dikorbankan' menjelang sambutan perayaan ni..apa hikmahnya?

Ingin saya petik berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.".... Subhanallah..itu lah hikmahnya korban..Kalau kita hayati kisah Nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anak mereka Ismail, itu lah permulaan dan sejarah sambutan Aidil Adha..kita fikirkan bagaimana seorang bapa sanggup 'mengorbankan' anaknya dan bagaimana seorang anak sanggup 'dikorbankan' bapa sendiri..Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t...Ia disambut selama 4 hari sehinggalah 13 DZulhijjah..

Jadi, dalam dunia yang hampir sampai penghujungnya..apakah KORBAN yang kita boleh lakukan demi kehidupan di sana yang hakiki? ini tulisan saya..ini pendapat saya secara peribadi..tujuan kita satu..destinasi kita juga satu..kehidupan ini hanya lah satu pentas untuk kita menuju destinasi utama kita..jadi ingatlah tujuan asal kita dilahirkan untuk terus sujud kepadaNya..mampukah kita 'berkorban' kehendak kita dari mengejar kemewahan dan kemahsyuran di dunia demi menuju jalan yang satu..ini lah pengorbanan dan perjuangan kita yang sebenarnya..istiqamah ke arah mencari keampunan dan redha Allah s.w.t..Akhir kata..Salam Aidiladha daripada saya untuk anda semua..Wallahualam..



Nota : Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah. (Sumber : http://www.iluvislam.com/)

Nota :
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.(Sumber : http://www.iluvislam.com/)

No comments:

Post a Comment