Pages

10 Nov 2011

I adore him!!!

Who is him?? He is one of my favourite footballer!! He is ... Baddrol Bakhtiar!!! u all nak kenal juga? yang tak minat bola maybe tak kenal or maybe tak pernah dengar pun namanya..kan? peminat bola sepak Malaysia mesti kenal dengan hero Malaysia sorang ni...


Kenapa saya cakap dia hero Malaysia? of course sebab game semalam..Dia yang berjaya meledakkan gol pertama menentang musuh yang agak digeruni, jiran dekat kita iaitu Thailand..syabas pada skuad bola sepak kita di Sukan Sea 2011 di Indonesia..dengan kemenangan 2-1, kita beroleh 3 mata penuh untuk duduk agak selesa dalam kumpulan A..walaupun perlawanan sebelum tu dengan Singapura agak mengecewakan berkesudahan seri dengan masing2 terikat 0-0, nyata pasukan Malaysia yang diterajui Baddrol terus bangkit untuk meneruskan misi merangkul emas bagi Sukan SEA kali ni..saya percaya tak ada yang mustahil untuk mengulangi sejarah 2 tahun lepas di Laos..dengan kewibawaan hero saya dan anda semua, Baddrol pasti dapat memimpin rakan2nya ke mercu kejayaan!!!

Kalau nak cakap game dengan Singapore yang lepas, saya memang emo!! dendam nampaknya masih tak berbalas..bayangkan 2 kali sebelum tu kita kalah pada diaorang!! huhhh!! memang stress habis ... ingat lagi tak game kelayakan Piala Dunia dan game Piala Sultan Selangor?? kan kita kalah dua2 game tu..tambah sakit hati bila mengingatkan 'drama' pemain Singapore di atas padang especially mamat GK tu? geram,kan? Huhh!! sejak 2 game tu, asal ada game Malaysia dengan Singapore je saya mesti tengok!!MESTI!!! tak sabar rasanya nak melompat2 kalau Malaysia dinobatkan juara mengalahkan Singapore..adakah dalam Sukan SEA ni kita akan berjaya? sama2 kita doakan demi nama negara tercinta, Malaysia..

Berbalik kepada pemain favourite saya ni, personally saya memang kagum dengan dia..dia agak low profile..tapi tengok lah serangan2 berbisa dia..sepakannya dari luar kotak penalti memang ada 'kuasa luar biasa'..tak semua pemain ada kebolehan ni..sungguh menakjubkan!!! orangnya nampak 'soft'..tengok muka orang beriman..ha3..(kelakarkan komen saya?)..dia ada ciri2 pemimpin, pendek kata sejuk hati lah tengok..sayangnya dari awal dulu dia kurang dapat perhatian Mr Raja tu (hu3..)..tak tau lah apa sebabnya..tapi tengok sekarang..di bawah pimpinan Kim Swee, dia diletakkan sebagai leader! tahniah, Baddrol!! i will always support you..keep it up!! Bring back GOLD medal for us!!! Saya BANGGA menjadi rakyat MALAYSIA!!!

No comments:

Post a Comment